Wednesday, September 9, 2009

adakah aku menjadi seperti dulu..ohh tidak

dulu sebelum blog ini bernafas aku juga menulis blog.tetapi blog tu aku sudah lupuskan dari kelibat kehidupan aku. mana tidak blog itu menulis cerita kesidahan aku. lebih banyak menceritakan keperitan hidup sebagai seorang manusia bernama Mohammad Halim Jeinie. aku tidak mahu lagi menceritakan kisah-kisah hidup aku yang perit itu. aku sendiri muak dengan penulisan seperti itu. bagi aku sampah takala ketika itu blog adalah tempat aku melepaskan duka lara yang aku hadapi. aku tak nak peristiwa itu berulang. sedangkan ketika ini aku melakukan perkara yang sama ketika aku sunyi seperti kehidupan aku sebelum ini. aku tidak mahu meraih simpati atau menarik perhatian orang lain. tetapi inilah medium aku meluahkan segala-galanya.

aku manusia yang tidak pandai bertutur. kata-katakan mampu menbunuh orang tetapi penulisan aku boleh menghiburkan orang. itulah aku...bagi aku menulis adalah dari isi hati sedang kan bila kita bertutur banyak aspek yang perlu di jaga. orang ramai menaggap aku kejam apabila aku bercakap. aku lebih banyak bercakap bedasarkan logik akal dan fakta. aku banyak kali bertengkar dengan sahabat-sahabat aku kerana sifat aku yang tak mudah di tundukan.aku tidak pandai meluahkan isi hati aku dengan bertutur. aku lebih suka menulis kerana menulis lebih banyak menberikan aku masa untuk berfikir. aku lebih tenang menulis.itulah kelemahan aku.

aku dah merepek dan aku tak tahu apa yang aku tulis di atas..aku penat...

2 comments:

ME MAZLINA said...

run baby run..don't ever look back!

alem said...

when u start call me baby..hehe