Tuesday, September 22, 2009

aku menanti kehadiran dia saban hari

sunyi sunguh jiwa ini tanpa kehadiran dia..tp aku harus menelani ia juga..tp takala syawal tiba terubat hati ini apabila lensa camera ku berbunyi merakam segala aksi dan ragam orang di sekeliling aku..anak buah aku terutamanya begitu gamat beraksi di depan lensa kameraku..aku hanya insan yang duka dan sunyi terubat girang melihat telatah anak saudara aku yang kini genap 17 orang..tak sangka cucu tok khatijah begitu productive..itulah kiraan sepupuku..

terasa pegun melihat pengikutku sebanyak itu..bilakah aku pula yang menambah nombor yang semakin bertambah..melihat kegembiraan itu menbuat aku ketawa kecil dan tersenyum..anak-anak buah aku begitu menyayangi aku, berebut-rebut datang kepadaku setibanya aku tiba di sisi mereka..aku begitu manja terhadap mereka begitu juga mereka melayani aku..pakcik alem itulah gelaranku..

anak-anak kecil tidak takut terhadapku, mereka rela di dukung oleh ku berbanding orang lain takala pertama kali bertemu..lembut dan dan gebu kulit bayi berusia berapa bulan aku belai dan ku bawa kesana kemari bermanja-manja dengan mereka..terasa begitu selesa...tidak dapat aku gambarkan dengan tulisan semata-mata..apa yang aku ingin sampaikan apabila melihat mata anak-anak kecil ini begitu bersinar..itulah recruit penyikut baruku..

kembali ke raya pertama aku berada di perantauran..aku beraya dengan keluarga teman..detik pertama kali aku bersalaman dengan ahli keluarga itu perasaan kekok melandai kelibat hati kecilku..aku tabahkan diri supaya dapat menyuaikan keadaan sekeliling..mujurlah aku sudah biasa dengan keadaan seperti ini..ini bukan pertama kali aku menbuat lawatan seperti ini..

apa yang menbuatku tersenyum adalah sudah menjadi tradisi aku mengakhiri lawatan aku dengan menikmati juadah satey..seingatku saat perpisahan ketika lawatan aku ke kuantan diakhiri dengan juadah satey..aku tersenyum kecil..

adakah jalan hidup aku ini menceriakan diriku..jawapan iya mahupun seketika..aku adalah lelaki, lelaki secara lumrahnya inginkan pasangan yang berlainan jantina..aku mahukan kehadiran wanita yang menbawa seri kepada hidupku..aku mahukan seorang isteri yang membinbing aku ke jalan yang di rehdai Allah S.W.T. aku mahukan keberkatan dari sang pecipta yang maha esa..aku cumalah manusia biasa..

No comments: